Chocolate Praline : Majlis Pertunangan Mysara


Hantaran Manisan (Coklat) dari cik Sara untuk tunangannya encik Nasir
Tahniah ye Cik Sara! Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin. Darah manis tu, ingat!

Charity Walk in Support of World Hunger Relief 2010

Walaupun entry ni tiada kena mengena dengan coklat, saya nak ajak kawan² pergi ke
Charity Walk in Support of World Hunger Relief 2010,
bukan apa, biasanya orang kuat makan coklat selalu cukup makan, hehehhe
apa kata kita berkongsi seketika penderitaan dengan mereka yang dalam kesusahan

Malaysia Cocoa & Chocolate Day 2010

Jom ke sana...

Jamuan Hari Raya Baksus 2010 @ Fitriutale Delica

Alhamdulillah, semua penat lelah rakan-rakan sesama unit membuahkan hasil dengan merangkul gelaran Gerai Paling Marvelous! Antaranya dimeriahkan dengan Chocolate Fondue di Gerai Fitriutale Delica... Tahniah semua warga UAPD...

 sekadar gambar hiasan... ;)

 kemeriahan di gerai kami yang diserbu pengunjung




Misc Fruitella to be dip in choc fondue... nyum nyum


Tempahan Praline Menjelang Lebaran

Tempahan diterima di saat akhir sebelum pulang berhari raya, memang terkejar² membuatnya, Alhamdulillah dapat juga disiapkan. Terima kasih Kak Zu




Tempahan al-Mubarak

Tempahan yang diterima semasa bulan puasa, maaf gambar yang tidak jelas,
to Ummi, thank you for continuous support, untuk sahabatnya yang akan bertunang katanya...

Chocolate Truffle dan Chocolate Cluster Cik Meeko

Hujung minggu yang ceria, menghasilkan chocolate truffle bersama Bobou Meeko yang baru berjinak² dengan penghasilan produk koko :). Enjoy ye cik Meeko!

Hasil tangan cik Meeko, layankan je, tomot tau

Apalah cik Meeko dah buat pada truffle tu?

Adik saya gelarkan choc cluster ni BLACKROSE.

Theobroma cacao

"Siapa nak coklat, angkat tangan", sebahagian besar anak murid Cikgu Iza mengangkat tangan... Cikgu Iza tersenyum, dia tahu umpannya mengena.

"Baiklah, sesiapa yang dapat jawab soalan cikgu dengan betul, cikgu akan hadiahkan sekotak coklat ni", ujar Cikgu Iza sambil tangan kanannya menunjukkan kotak coklat yang berbungkus cantik... Wah, bersemangat wajah anak-anak muridnya menunggu soalan dari cikgu Iza.

" Apa soalannya cikgu?", tanya Idin yang tak sabar-sabar nak menjawab soalan yang bakal ditanya oleh gurunya itu. Cikgu Iza memandang Idin dengan senyuman serta kagum dengan kesungguhan budak lelaki tersebut. Maklumlah sebelum ini Idin antara muridnya yang tidak memberikan tumpuan di dalam kelas.

"Kalau nak tahu soalannya, kena dengar betul-betul topik yang cikgu nak ajarkan hari ini", jelas Cikgu Iza. Seketika, ada sedikit kehampaan di wajah anak-anak muridnya. Tetapi apabila Cikgu Iza mengangkat dan menggoyangkan semula kotak coklat di tangannya, wajah mereka kembali bersemangat.

Dengan tekun Cikgu Iza menceritakan asal usul coklat dan sejarah penemuan coklat. Walaupun mereka tidak begitu faham dan kenal daerah-daerah asal koko, tapi mereka kenal rupa buah, biji dan pokok koko itu sendiri lantaran banyaknya pokok itu ditanam di Malaysia. Sebahagiannya mencatatkan nota. Mereka berfikiran, barangkali dengan cara itu mereka akan mendapat peluang yang lebih besar menjawab soalan cikgu Iza dengan tepat kelak.

Anak-anak kecil mana yang tidak gemarkan coklat? Apatah lagi budak-budak seperti di kampung Idin yang rata-rata ibu dan bapa mereka sekadar mengutip hasil hutan di sekitar penempatan mereka. Jangankan sebulan, setahun sekali pun belum tentu mereka menikmati coklat yang berkualiti buatannya.

Daripada penjelasan CIkgu Ida, rupa-rupanya Malaysia adalah pengeluar koko ke-8 terbesar di dunia dari sumber UNCTA dan ICCO berbanding negara pengeluar utama Ivory Coast. Malah Malaysia telah menubuhkan sebuah agensi penyelidikan berkaitan dengan koko iaitu Lembaga Koko Malaysia sejak 1989.

Disebutkan juga kebaikan-kebaikan coklat sebagai menjawab pandangan-pandangan negatif tentang coklat. Antaranya Cikgu Iza menegaskan coklat bukan makanan yang menggemukkan. Bukan juga punca kerosakan gigi. Malah coklat adalah sumber kalsium dan protein juga antioksidan yang tinggi.

"Baiklah, sekarang masa yang ditunggu-tunggu", ujar Cikgu Iza bersedia melontarkan soalannya kepada murid-muridnya. Terbayang keenakkan coklat praline, truffles dan gianduja yang sungguh mengujakan membuat murid-murid Cikgu Iza tidak senang duduk cuba merebut peluang menjawab soalan mendebarkan.

"Berikan cikgu nama saintifik kepada koko?"

"Theobroma cacao!!!!!!!!", bergema suara sekelas anak murid Cikgu Iza serentak menjawab dengan masing-masing mengangkat tangan sehingga ada yang hampir berdiri.

Cikgu Iza terkedu seketika. Dia kemudiannya tergelak kecil. "Bagus anak murid cikgu, semua fokus".

"Baiklah seperti yang cikgu janjikan, siapa yang menjawab dengan betul akan dapat sekotak coklat". Cikgu Iza mengeluarkan beg kertas di bawah meja dan mengagihkan kepada seisi kelas. Rupanya bukan sekotak sahaja yang dihadiahkan, malah semua anak muridnya mendapat sekotak seorang. Walaupun, penat semalaman menghasilkan sendiri coklat itu, dia puas kerana dapat memberikan peluang kepada anak-anak muridnya menikmati keenakkan coklat buatan tangannya.

Peluang sebegini jarang diperoleh anak-anak kecil itu. Mereka tidak seperti anak-anak di bandar yang lali dengan semua nikmat serta kesenangan memiliki apa yang mereka inginkan. kehadiran cikgu seperti Cikgu Iza sedikit sebanyak menceriakan suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah kurang murid itu.

Paling diharapkan oleh guru seperti Cikgu Iza ialah tumpuan murid-murid itu sendiri. Sambil tersenyum Cikgu Iza mengulangi jawapan kepada soalannya tadi dalam nada suara yang didengari sendiri, "theobroma cacao".

~tamat~

Dikarang oleh;
Sanggasari
28 Mei 2010

News : For Chocoholics around JB

Jualan Amal Chocolate Praline @ ofis (21 May 2010)

Inilah coklat yang terhasil semasa jualan amal untuk tabung kebajikan di tempat Mama Faiq bekerja... alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Lebih 100 biji coklat terjual dalam masa tak sampai sejam... Insya-Allah lepas ni, next jualan amal akan menyusul... tunggu

Design² Available @ iQchoc

HEART


ROSES



SEA SHELL

PINWHEEL LOLLICHOC


ROSE BUD


OREO-ANIMAL

Senarai Harga


Praline (Loose):
Couverture Chocolate : RM1.30/pc
Compound Chocolate : RM1.00/pc

Praline (wif Ganache/Fruited/Sprinkle/etc) :
Couverture Chocolate : Available upon request, base on resource
Compound Chocolate : Available upon request, base on resource


Design Available: 
  • secret mail
  • heart
  • rose bloom
  • rose bud
  • strawberry
  • apricot
  • seashell
  • sports
  • party
  • etc

** any alphabet required, RM0.50/capital letter

Lollichoc (Size A):
Couverture Chocolate : RM1.30/pc
Compound Chocolate : RM1.00/pc
Design Available: roses

Lollichoc (Size B):
Couverture Chocolate : RM1.50/pc
Compound Chocolate : RM1.20/pc
Design Available: pinwheel, roses


Oreo-choc
Couverture Chocolate : RM2.00/pc
Compound Chocolate : RM1.80/pc
Design Available: animal,edible image (base on requirement)

p/s: 
harga tidak termasuk kotak berhias dan reben, 
untuk harga termasuk packaging klik sini
exclude decorative packaging and ribbon, 
for packaging deal, click here

Gift Set Packaging


Clear Box

2 Cavities : RM3.50 (min order: 50 box)
3 Cavities : RM4.50 (min order: 30 box)

Window Box

4 Cavities : RM6.00 (min order: 25 box)
9 Cavities : RM12.00 
15 Cavities : RM18.00
35 Cavities : RM40.00
** untuk 35 pcs coklat couverture : RM55

Album Box

6 Cavities : RM12.00
9 Cavities : RM18.00
12 Cavities : RM24.00
35 Cavities : RM60.00
** untuk 35 pcs coklat couverture : RM70

Hard Cover

9 Cavities : RM18.00
16 Cavities : RM24.00
25 Cavities : RM40.00

p/s : 
* untuk kemudahan bersama, tempahan hendaklah dibuat seminggu awal.
** Tempahan saat akhir akan dikenakan caj tambahan
*** inti (filling) bergantung kepada permintaan dan resources, T&C apply


News : For Chocoholics around Bangi

Hantaran Ummi untuk tunang tersayang


Ni loose chocolate untuk Ummi, my ex-hosmet. Hantaran sempena majlis pertunangannya pada 1 Mei 2010 nanti katanya. Apapun tahniah dan semoga selamat sehingga ke jinjang pelamin... Enjoy...

Maaf ye Ummi, sila sediakan reben sendiri... kuang... kuang...

Tempahan dari Lawyer Din's Kids...

Masa ni masa da suntuk... Mama FaiQ baru nak test mold baru... apa2 la...harap2 korang suka... nanti aunty buat version lain plak...



1st Touch

Inilah hasil buah tangan Mama FaiQ setelah berguru dengan sifu... Cantik mold PC sifu...